Kesihatan Shahrel Fikri kini semakin baik

Penye rang Perak, Shahrel Fikri Mohd Fauzi jelas gembira dengan perkembangan kesihatan jantungnya yang semakin baik.

Pastinya ramai yang tahu Shahrel Fikri pernah dinasihatkan supaya berhenti bermain bola sekitar tahun 2014 setelah gagal ujian kesihatan kerana in jap jantung b0cor seterusnya gagal mendapat tempat dalam pasukan Harimau Muda B.

Ketika itu dia berhenti bermain bola selama lebih empat bulan dan hampir sahaja menggantung but memikirkan bahawa tiada lagi masa depan di dalam arena bolasepak, tetapi dia tidak pernah hilang keyakinan diri.

“Saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan pada bulan Disember lalu dan doktor mengatakan jantung saya dalam keadaan baik, sepertimana juga manusia normal lain. Ia memberikan saya satu harapan baru.

“Mungkin ramai yang membuat keputusan berundur kerana tidak mahu mengambil risik0, tetapi saya teruskan. Apa yang saya fikirkan kini hanya mahu bermain dan memberikan yang terbaik kepada sukan yang sangat saya sayangi ini.

“Saya percaya semua ini adalah ketentuan Allah,  apa yang saya lalui ini adalah rezeki daripadaNya,” ujar Shahrel Fikri sambil berterima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepadanya.

Bercerita mengenai bagaimana dia boleh kembali bermain selepas dinasihatkan menggantung but, Shahrel Fikri berkata kepada The Star, “Doktor yang membuat pemeriksaan ketika itu positif dan berkata saya masih boleh bermain untuk sekurang-kurangnya lima tahun walaupun in jap jantung b0cor. Jadi, saya menyertai pasukan Piala Presiden Perak.

“Coach Syamsul (Saad) memberikan saya penampilan sulung, saya skor hatrik lawn PDRM, dan detik itu saya sedar tiada apa yang boleh menghalang saya daripada meneruskan langkahan.”

Selepas bersama pasukan Piala Presiden, Shahrel Fikri bermain bersama PKNP FC di Liga Ipoh dan muncul penjaring terbanyak dalam laluan membantu pasukan itu menjuarai Liga FAM 2016, kemudiannya beraksi di Liga Premier dan layak ke Liga Super pada 2018.

Pemain kelahiran Tawau itu juga pernah bermain untuk kelab Thailand, Nakhon Ratchasima dan telah dipanggil memperkuatkan pasukan kebangsaan sejak 2018. Pada tahun lalu dia mencvri tumpuan dengan mel edak hatrik ketika Harimau Malaya menewaskan Timor Leste dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Foto : thethaovietnam

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*