Pemain kacukan Malaysia-Singapura-Jerman, Armin Maier Rafi dilihat menjalani ujian bersama pasukan pembangunan Selangor iaitu Selangor II.
Armin terlibat dalam aksi perlawnan persahabatan antara Selangor II menentng Perak II baru-baru ini yang mana kemenangan berpihak kepada Perak II dengan keputusan 4-3.
Sebelum ini, pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Singapura B-22 tahun itu menjalani ujian bersama pasukan pembangunan Johor Darul Ta’zim iaitu Johor Darul Ta’zim II.
Namun, tiada perkembangan lanjut sama ada pemain kacukan itu diserap masuk ke dalam skuad JDT II.
Selangor II yang dibimbing oleh Michael Feichtenbeiner bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain lulusan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) seperti Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal serta Sikh Izhan Nazrel pada saingan Liga Perdana musim ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : vocketfc
Leave a Reply