Bekas pemain import Selangor, Antonio German sah sarung jersi PDRM FA

Pendatang baharu Liga Super 2020, PDRM FA kali ini bakal diperkuatkan seorang penye rang skuad kebangsaan Grenada iaitu Antonio German yang pernah beraksi dalam kelab Liga Super India, Balestier Kerala.

Pengendali skuad itu, Ishak Kunju Mohamed mengesahkan perkembangan tersebut dalam The Star walaupun German sebelum ini pernah terlibat dalam kontr0versi berkaitan isv perkavman dengan pasukan Selangor pada musim lepas.

Malah, pemain yang berusia 29 tahun itu turut menjadi mang sa krit1kan oleh penyokong gergasi merah kerana gagal mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan.

Dalam laporan BBC, German turut mendedahkan terdapat segelintir peminat Selangor pernah melontarkan kata-kata berbaur perkavman seperti beliau ‘terlalu gelap’ untuk beraksi bersama pasukan itu.

“Saya akui ini akan menyukarkan beliau selepas apa yang terjadi pada musim lepas tetapi saya menandatanganinya kerana dia berjaya memikat kami. Ada pemain lain yang sedang dalam percubaan tetapi German telah memenuhi kriteria yang saya mahukan.

“Dia boleh menyudahkan peluang terhidang dan kelihatan lebih tajam ketika dalam latihan dan perlawnan persahabatan. Dia juga beritahu saya mahu tutup mulut pengkr1tik dan bangkit semula. Mungkin di Selangor, tekanan terlalu tinggi. Dengan Polis, tekanan tidaklah begitu terasa,” kata Ishak seperti dipetik dalam The Star.

FOTO: PDRM FA

 

Selain itu, Ishak turut mengesahkan PDRM telah menandatangani dua pemain skuad kebangsaan Turkmenistan yang beraksi dalam saingan Piala Asia 2019 iaitu Serdar Geldiyev and Shohrat Soyunov.

Geldiyev yang bermain di posisi tengah sebelum ini beraksi dengan kelab Altyn Asyr dalam liga utama Turkmenistan manakala Soyunov merupakan pemain pertahanan berpengalaman yang mempunyai 32 kaps dengan skuad negaranya.

Ini kali pertama kedua-dua pemain itu beraksi di luar Turkmenistan dan PDRM merupakan kelab asing pertama mereka.

Serdar Geldiyev

 

“Mereka kelihatan sangat bagus dan ini adalah apa yang kami mahukan daripada mereka. Kami juga mempunyai calon pemain dari Korea Selatan tetapi perpindahan itu tidak jadi kenyataan.

“Kami sedang mencari seorang lagi pemain import untuk kuatkan pasukan,” jelas Ishak.

PDRM akan menentng Terengganu FC pada 22 Februari ini bagi menguji keserasian antara pemain sebelum menghadapi Sabah dalam perlawnan pertama Liga Super.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*