Bekas pemain Felda United, Masaki Watanabe sertai pasukan Kelantan?

Bekas pemain import Felda United dari Jepun, Masaki Watanabe dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Masaki terlibat dalam salah satu perlawnan persahabatan ketika Kelantan turun menentng Petaling Jaya City FC di Stadium KLFA, Cheras semalam yang mana menyaksikan kemenangan berpihak kepada skuad bimbingan Yusri Che Lah itu dengan keputusan 3-2.

Sumber Gambar: Kelantan FA

 

Pemain berusia 33 tahun itu pada mulanya menyertai Perlis Northern Lions pada awal musim 2019. Namun, setelah pasukan tersebut menghadapi isv tunggakan gaji, Masaki Watanabe mengambil keputusan untuk keluar dan menyertai Felda United.

Bersama Felda United, bekas rakan sepasukan lagenda Jepun, Kazuyoshi Miura itu membantu The Fighters terselamat daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana musim ini apabila menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10.

Sumber Gambar: Kelantan FA

 

Selain Watanabe, turut kelihatan pemain yang sebelum ini menjalani ujian bersama Kuala Lumpur, Guy Gnabouyou dan bekas pemain Sabah, Igor Cerina turut terlibat pada perlawanan PJ City.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*