‘Through pass’ padu Theerathon Bunmathan membelah 6 pertahanan Sydney FC dapat pujian mamai

Skuad Yokohama F Marinos dengan penuh bergaya berjaya menumbangkan wakil Australia dalam saingan AFC Champions League 2020 di perlawnan kedua peringkat kumpulan dengan keputusan 4 gol tanpa balas.

Namun, perhatian banyak terarah kepada pemain pertahanan kiri Yokohama F Marinos dari Thailand, Theerathon Bunmathan yang menyumbangkan satu bantuan gol yang disudahkan dengan sempurnakan oleh Teruhito Nakagawa.

Saksikan video ‘through pass’ Theerathon Bunmathan yang membelah 6 orang pemain Sydney FC sebelum singgah tepat dikaki Teruhito Nakagawa dalam kawasan kotak penalti.

Tamat perlawnan ke-2 ini menjadikan Theerathon Bunmathan telah berjaya melakukan 2 kali penampilan penuh 90 minit untuk Yokohama F Marinos dalam saingan AFC Champions League 2020 setakat ini.

Dalam perlawnan pertama sebelum ini peranan Theerathon Bunmathan semakin menjadi tunjang utama kepada Yokohama F Marinos dibawah kendalian Ange Postecoglou dimana beliau banyak membantu barisan serangan selain ‘positioning‘ beliau yang mengawal central channel ketika transisi bertahan dilaksanakan.

Persembahan cemerlang ini pastinya bakal mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai pilihan utama posisi pertahanan kiri Yokohama F Marinos tanpa dapat digugat oleh pencabar lain pada ketika ini.

 

Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*