Ini jumlah tiket Kedah minta untuk perlawnan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim

Setiausaha Kehormat Persatuan BolaSepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris mengesahkan pihaknya telah memohon kuota 1,000 keping tiket untuk perlawnan Piala Sumbangsih menentng Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 28 Februari ini.

Menurut kenyataannya dalam Arena Metro, mereka masih menantikan jawapan daripada pihak JDT untuk meluluskan permohonan tersebut demi memenuhi hasrat penyokong Kedah untuk berkunjung ke Johor Bahru.

“Ramai yang teruja untuk turun ke gelanggang lawn bagi menyaksikan sendiri serta memberikan sokongan kepada pasukan negeri Kedah, apatah lagi pihak lawn bakal menggunakan stadium yang baru di bina.

“Namun apakan daya kami, sehingga kini Kedah FA masih lagi menanti maklum balas surat yang telah kami hantar kepada JDT manakala salinannya kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) belum lagi dibalas.

“Kedah hanya memohon 1,000 keping tiket buat penyokong Kedah.” katanya.

Asmirul Anuar Aris

 

Ketika ini terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan peruntukan hanya 500 tiket yang akan diberikan kepada Kedah namun ia dinafikan oleh Asmirul kerana KFA belum terima surat rasmi mengenai peruntukan tersebut.

Sejarah Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih cukup sinonim dengan skuad hijaukuning. Mana tidaknya Kedah pernah beraksi 7 kali bagi merebut piala tersebut.

Bermula musim 1991 dan menjuarai buat kali pertama pada tahun tersebut, pasukan Kedah merintis 6 lagi perlawnan sumbangsih pada musim 1994, 1997, 2008, 2009, 2017 dan 2018.

Dalam dua pertembungan terakhir Kedah dan JDT dalam aksi pembukaan Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim 2017 dan 2018, masing-masing telah merangkul 1 kejuaraan.

Untuk rekod, Kedah telah merangkul 3 kali kejuaraan pada musim 1991, 1994 dan 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*