Malaysia Kekal di kedudukan 154 dunia, Palestin muncul sebagai ‘biggest movers’

FIFA secara rasmi baru sahaja melakukan kemaskini kedudukan FIFA ranking semasa bulan Febuari 2020, yang merupakan kemaskini pertama dalam tahun 2020 selepas kali terakhir dibuat pada 19 Disember 2019.

Seperti artikel yang dikeluarkan awal pagi tadi, pasukan Malaysia kekal berada dikedudukan 154 dunia dengan kutipan 1,040 mata.

Tidak banyak pasukan yang melakukan pergerakan dari segi kedudukan ranking kerana tidak banyak perlawnan antarabangsa yang berlangsung. Dari kemaskini terbaru FIFA sebentar tadi, hanya 15 pasukan mengalami kenaikan atau penurunan (5 pasukan naik dan 10 pasukan turun).

Palestin muncul sebagai pasukan ‘biggest movers’ apabila melonjak 3 anak tangga kepada kedudukan 103 dunia dengan kutipan 1,204 mata.

Secara keseluruhannya di Asia, Malaysia berada pada kedudukan ke 31 dan pada ranking ke-5 dirantau Asia Tenggara dibelakang Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*