Nazrin Nawi hampir pasti sertai Kelantan

Pasukan Kelantan FA yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim 2020 dikatakan hampir pasti berjaya mendapatkan khidmat Nazrin Nawi untuk memperkuatkan jentera hadapan menjelang aksi musim baru.

Berita mengenai kemasukan Nazrin Nawi itu telah menjadi bualan di laman sosial dan juga topik perbincangan hangat penyokong pasukan Kelantan dengan em0si yang bercampur-baur berkenaan bagaimana aksi yang mampu dipamerkan oleh beliau musim hadapan.

Selain itu, telah tular di laman sosial Facebook bahawa sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahakan mengenai berita tersebut dan yakin dengan aksi serta kualiti yang masih ada pada Nazrin Nawi untuk membantu pasukan Kelantan FA mengharungi musim 2020 nanti.

Selain itu, pihak KAFA juga diberitakan masih lagi memburu beberapa pemain ternama untuk memperkasakan lagi pasukan The Red Warriors musim hadapan dan Nazrin Nawi merupakan pemain pertama ‘ditambat’.

Sebelum bersama pasukan Kelantan, pemain berusia 31 tahun itu mula dikenali ramai ketika beraksi bersama pasukan Negeri Sembilan musim 2012 dan 2013 sebelum menyertai pasukan JDT selama 3 musim. Beliau seterusnya bersama pasukan Perak dan musim ini telah menabur bakti bersama pasukan Melaka United.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*