Selain Shahrom Kalam dan Kecik, tiada nama besar perkuat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan jelas tidak terlalu gha1ah mahu berbelanja untuk menghadapi musim baru Liga Malaysia, apabila dilihat sedang mempersiapkan skuad yang tidak dibarisi nama-nama berprofil tinggi.

Selain mengekalkan khidmat pemain import Shunsuke Nakatake serta ketua pasukan Norhafiz Zamani Misbah untuk semusim lagi, hanya Shahrom Kalam dan Shahurain Abu Samah dilihat sebagai pemain berpengalaman direkrut skuad Hoben Jang Hoben.

Selebihnya adalah Che Safwan Hazman (Pulau Pinang); Arip Amiruddin (UKM FC); Nazrul Kamaruzzaman (Selangor United); Syamie Iszuan (Sarawak) dan Azridin Rosli dari UiTM FC.

Kesemua mereka termasuk pemain lain dari skuad 2019 yang dikekalkan telah menandatangani kontrak di pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan di Seremban beberapa hari lalu.

Shahrom Kalam pada musim ini telah mewakili PKNS FC namun memilih untuk bertukar angina setelah pasukan itu dijadikan ‘feeder team’ kepada Selangor bagi musim 2020.

“Pasukan ini mempunyai visi jelas mahu melayakkan diri ke Liga Super 2021 dan mereka merasakan pengalaman saya dapat membantu untuk membimbing pemain-pemain muda dalam pasukan.

Saya berharap dapat membalas kepercayaan itu dan merealisasikan hasrat layak ke Liga Super sepertimana telah membantu Felcra FC melakukannya pada tahun 2018,” ujar Shahrom Kalam yang turut pernah bermain untuk Selangor dan Perak.

Shahurain pula, merupakan antara kesayangan penyokong Negeri Sembilan dan kembali menyarung jersi Jang selepas tujuh musim berkelana.

Pemain digelar Kecik ini mencipta nama bersama Negeri Sembilan ketika menyarung jersi pasukan itu selama lapan musim dari 2006 – 2013 dengan kemuncaknya adalah apabila dia membantu skuad rusa memenangi Piala Malaysia 2009 dan 2011, selain Piala FA 2010.

Selepas meninggalkan Negeri Sembilan, dia pernah bermain dengan beberapa pasukan lain antaranya Felda United, PKNS FC dan musim lalu mewakili PDRM di mana dia membantu pasukan The Cops layak ke Liga Super.

Foto : BH Plus

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*