Tahap kompetitif Liga Malaysia setanding Thailand

Liga Malaysia semakin menunjukkan peningkatan dan tahap kompetitif pertandingan bola se pak domestik setanding liga negara jiran tetangga, Thailand.

Demikian pandangan oleh pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam sesi No Holds Barred di laman sosial Johor Southern Tigers, semalam.

Baginda yang juga Pemangku Raja turut berkongsikan pendapat peny erang importnya, Diogo Luis Santo yang menyarung jersi Buriram United selama empat musim serta memenangi anugerah penjaring terbanyak Liga Thailand musim 2015 dan 2018.

“Kalau kita lihat pertandingan bola se pak tanah air (sudah) mencatatkan peningkatan, (liga) kita kompetitif sebagaimana kelab-kelab dari Liga Thailand. Liga kita berkualiti.”

“Bukan senang mahu bermain di sini (Liga Malaysia), Diogo yang merupakan penjaring terbanyak di Liga Thailand datang ke sini berkata kepada saya tidak senang (untuk) bermain di Malaysia. Ia sukar dan (melibatkan) fizikal.” ujar baginda dalam sesi tersebut.

Tunku Ismail turut menemp elak pemain-pemain yang terlalu mengejar impian untuk bermain di luar negara tanpa melihat dengan teliti agenda pasukan yang ingin disertai selain daripada berhijrah dengan menggunakan ‘kabel’.

Sebagai contoh, bekas peny erang skuad simpanan, JDT II, Hadi Fayyadh yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke kelab divisyen dua Jepun, Fagiano Okayama FC masih belum membuat sebarang penampilan bersama pasukan tersebut dalam perla wanan kompetitif.

Pada pendapat baginda, adalah lebih baik buat Hadi untuk kekal bersama skuad Harimau Selatan di mana peluang untuk tampil dalam beberapa pertandingan kompetitif cukup terbuka termasuk saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Baginda turut merasakan perkara yang sama akan terjadi kepada peny erang muda yang sedang meningkat, Luqman Hakim yang akan menyertai pasukan Liga Belgium, K.V. Kortrijk pada mac tahun hadapan.

Foto: Johor Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*