Kelantan mahu cabar pendatang baharu Liga Perdana, Kelantan United

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah mahu memastikan Kelantan FA mampu untuk mencabar pendatang baharu Liga Premier, Kelantan United pada musim depan bagi menghadirkan satu aura berbeza buat penyokong.

Namun, dengan kehadiran Kelantan United pada musim hadapan dijangka mampu menghadirkan suasana yang lebih hangat di atas padang apatah lagi pasukan itu turut dibarisi pemain-pemain yang pernah mencipta nama bersama Kelantan FA sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Afandi percaya penyokong ingin melihat kembali kebangkitan Juara Treble 2012 itu pada musim hadapan dan dengan adanya sebuah lagi pasukan lawn dari negeri sama sudah pasti akan menjadikan saingan lebih menarik untuk disaksikan.

Sumber Gambar: MFL

 

“Kita sudah menjangkakan apabila setelah sekian lama, Liga Premier diungguli oleh dua pasukan dari negeri sama. Saya dapat rasakan musim 2020 akan menjadi lebih menarik dan sambutan pasti akan lebih meriah kerana semua tahu Kelantan mempunyai penyokong-penyokong yang sentiasa tampil memberikan sokongan penuh.

“Kami di KAFA sudah mempunyai perancangan sendiri dan majoriti pemain-pemain muda dikekalkan kerana mereka masih mempunyai potensi besar untuk diberi kepercayaan bantu pasukan musim depan”, katanya.

Bagi Afandi, KAFA tiada masalah dengan jadual yang telah ditetapkan memandangkan mereka juga dalam proses untuk menyelesaikan segala aspek kewangan bagi menepati peraturan Economic Control Programme (ECP) yang akan dilaksanakan pada musim hadapan.

Segala maklumat berhubung bajet setiap pasukan telah diserahkan kepada MFL untuk disemak sebelum mengesahkan kos sebenar skuad utama mereka yang dibenarkan pada 15 Januari tahun hadapan.

Sumber Gambar: Stadium Astro

 

Jadi, bagi KAFA, mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan seandainya ada sebarang masalah berhubung peruntukan mereka sebelum se pak mula pada 28 Februari depan.

“Bagi saya, tidak ada banyak perbezaan pun apabila liga akan bermula pada 28 Februari kerana dalam masa yang sama semua pasukan kena bersedia dengan perlaksanaan ECP ini.

“Kami pun akan ada banyak masa untuk sentiasa bersedia mengenai bajet kewangan ini takut ada masalah pada saat akhir dan KAFA sebagai rakan kongsi MFL sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saingan Liga agar semua pihak dapat manfaat bersama”, tambahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*