Bambang Pamungkas, pemain Indonesia paling menjadi di Liga Malaysia

Ramai peminat bolasepak tempatan pastinya tahu mengenai perseteruan di antara Malaysia dan Indonesia bila kita bercakap mengenai bolasepak.

Perseteruan ini begitu hebat, sehinggakan ada perlawnan melibatkan dua negara ini, pastinya akan ada ins1den yang terjadi membuatkan pertemuan di antara Malaysia dan Indonesia menjadi antara perlawnan ‘panas’ bukan sahaja di benua Asia, tetapi juga di dunia.

Tetapi, perseteruan ini tidak menghalang pemain dari kedua-dua negara untuk mencuba nasib di Indonesia atau Malaysia. Mungkin tidak ramai pemain Malaysia yang berkelana ke Indonesia, tetapi Safee Sali adalah antara pemain Malaysia yang paling menyerlah di Liga Indonesia suatu ketika dahulu.

Bagi pemain Indonesia pula, ramai yang sudah mencuba nasib di Malaysia bahkan hingga sekarang. Nama-nama seperti Achmad Jufriyanto (Kuala Lumpur), Saddil Ramdani (Pahang), Robby Darwis (Kelantan), Ponaryo Astaman (Telekom Melaka), Kurniawan Dwi Yulianto (Sarawak) dan ramai lagi pernah mencuba nasib di Liga Malaysia.

Tetapi bila bercakap mengenai pemain Indonesia di Liga Malaysia, sudah tentu Selangor adalah antara destinasi utama pemain-pemain dari negara jiran kita. Andik Vermansyah, Evan Dimas dan Ilham Udin adalah antara nama-nama yang paling baru pernah menyarung jersi Selangor. Namun begitu, impak tiga pemain ini tidak akan pernah sama seperti ketika Selangor membawa masuk Elie Aiboy dan yang paling terkenal, Bambang Pamungkas.

Setakat ini, belum ada mana-mana pemain Indonesia yang mampu memberikan impak kepada pasukan seperti mana yang telah dilakukan oleh Bambang. Pemain yang terkenal dengan jolokan Bepe ini bukan sahaja memberi kesan positif di atas padang, tetapi juga di luar padang.

Makasih Mas Bambang! 🙏🏼Legenda skuad Merah Kuning yang berasal daripada Indonesia, Bambang Pamungkas telah mengumumkan…

Posted by FA Selangor on Tuesday, December 17, 2019

Menyertai Selangor yang beraksi di Liga Premier pada 2005, Bambang berjaya membantu Red Giants menjulang kejuaraan treble apabila memenangi Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia. Tetapi bantuan Bambang bukan setakat itu sahaja. Kuasa tarikan Bambang begitu kuat, sehingga mampu menarik penyokong Red Giants untuk memenuhi stadium hampir setiap perlawnan.

Sebutkan nama Bambang kepada penyokong Selangor, terutamanya yang pernah menyaksikan aksinya dahulu, pasti mereka akan menceritakan memori indah ketika Bepe menyarung jersi merah kuning. Biarpun jodoh Bepe bersama Selangor hanya sehingga tahun 2007, tetapi sudah cukup untuk membuatkan namanya terpahat sebagai salah seorang pemain lagenda yang pernah bersama Selangor. Kelibatnya di atas padang mengundang baha ya kepada pertahanan lawn dan rasa cem buru kepada pasukan dan penyokong lain.

Selepas Bambang, Selangor dan banyak pasukan lain cuba mengulangi formula yang sama untuk cuba menarik penyokong ke stadium. Sayang sekali, impak yang diberikan tidak sama. Bambang bukan sahaja seorang pemain bolasepak, tetapi juga seorang bintang yang mampu membuatkan penyokong berpusu-pusu ke stadium. Biarpun Indonesia mempunyai ramai pemain generasi baru yang bakal menerobos ke Eropah, tetapi setakat ini Bambang tetapi satu dalam sejuta.

2019, akhirnya Bepe menutup tirai kerjaya bolasepak bersama kelabnya yang tercinta, Persija Jakarta. Biarpun tidak bermain penuh, tetapi stadium tetap penuh dengan penyokong Persija yang mahu melihat kelibat terakhir lagenda mereka di atas padang. Percayalah, jika perlawnan terakhirnya berlangsung di Stadium Shah Alam dan dia menyarung jersi Selangor, perkara yang sama juga akan berlaku. Begitulah hebatnya tarikan seorang Bambang Pamungkas.

 

Kredit foto: Selangor FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*