Ryutaro Megumi isi kuota pemain import Asia Felda United

Kelab bolasepak Felda United hari ini mengumumkan kemasukan pemain tengah dari Jepun, Ryutaro Megumi bagi mengisi kuota pemain import Asia dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Megumi merupakan bekas pemain kelab Tampines Rovers yang berpengkalan di Singapura pada musim 2019. Megumi juga amat mengenali penye rang skuad The Fighters, Khairul Amri ketika bermain di Tampines Rovers sebelum ini.

MEGUMI IS THE FIGHTERS 🧡🖤Megumi akan sertai skuad The Fighters bagi musim 2020. Megumi yang berasal dari Jepun…

Posted by FELDA UNITED FC on Tuesday, December 17, 2019

Tampines Rovers merupakan kelab profesional pertama yang disertai oleh pemain yang berusia 26 tahun itu kerana sebelum berhijrah ke Singapura, beliau hanya beraksi bersama kelab semi pro, Tsukuba FC dalam liga divisyen 5 Jepun.

Sepanjang bersama Tampines sejak 2017, Megumi telah menjaringkan 21 gol dalam 48 penampilan. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Kelayakan AFC Champions League dan AFC Cup.

Selain Megumi, Felda United turut menandatangani 2 lagi pemain import baharu iaitu Momcilo Raspopovic dari Serbia untuk memperkuatkan benteng pertahanan dan bekas pemain import Negeri Sembilan,  Nicholas Velez yang akan berganding bersama Khairul Amri di posisi sera ngan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*