Brendan Gan pujuk Sumareh sertai Selangor?

Gandingan Brendan Gan – Mohamadou Sumareh di dalam skuad Harimau Malaya berjaya mencetus sensas1 dalam sekelip mata.

Siapa boleh lupa ‘masterclass-assist’ daripada Brendan yang disudahkan dengan cukup memvkau oleh Sumareh ketika Malaysia menewaskan Thailand dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan lalu.

Dua pemain itu dilihat cukup serasi serta memahami permainan satu sama lain justeru keinginan penyokong untuk menyaksikan mereka digandingkan di dalam skuad Red Giants 2020 adalah difahami, malah rata-rata penyokong berharap Brendan dapat menggunakan pengaruh dan hubungan baiknya dengan Sumareh untuk memujuk pemain kelahiran Gambia itu angkat kaki meninggalkan Pahang.

Walaupun sumber mendedahkan Sumareh akan kekal dengan Pahang, sudah tentu, selagi tiada sebarang klarifikasi daripada Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) mengenai masa depan pemain-pemain tonggak mereka, spekvlasi seperti ini akan setiap hari kedengaran,

Tetapi adakah Brendan akan cuba menjadikan spekvlasi itu satu realiti dengan memujuk Sumareh, ini reaksi spontan pemain berusia 31 tahun itu, “Skuad Selangor 2020 yang sedia ada ini sudah cukup bagus, cukup mantap untuk mencabar mana-mana kejuaraan” sekaligus menepis tanggapan bahawa dia akan menjadi ‘umpan’ untuk Persatuan Bolasepak Selangor memancing pemain berprofil tinggi.

Bagi pengendali, B.Sathianathan, dia sendiri tidak pernah bercakap mengenai Sumareh justeru reaksinya mengenai spekulasi tersebut, dia secara s1nis berkata, “Saya sebagai jurulatih tidak ada mendengar bahawa Selangor akan membawa masuk pemain itu (Sumareh). Saya tidak tahulah jika ada jurulatih Selangor selain daripada saya yang membuat kenyataan tentang perpindahannya (ke Selangor).”

Sebagai rekod, antara pemain baru yang akan memperkuatkan Skuad Selangor 2020 selain Brendan termasuklah Rodney Celvin Akwensivie, Norhakim Hassan, Nicholas Swirad dan Safuwan Baharudin.

Foto : NSTP

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*