Irfan Bakti puji tindakan FAM

Skuad kebangsaan perlu konsisten bertemu pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi daripada Malaysia dalam aksi perlawnan persahabatan antarabangsa.

Menentng pasukan di rangking yang lebih tinggi, sebagai contoh Tajikistan pada november lalu, dapat membantu skuad Harimau Malaya meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

Menurut laporan Stadium Astro, bekas jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti memuji tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merancang perlawnan persahabatan menentng pasukan dari rantau asia barat menjelang kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan mac kelak.


Foto: FAM

“Diharapkan selepas ini, Malaysia tidak lagi bertemu di ranking lebih bawah daripada skuad negara.

“Malaysia perlu berjumpa pasukan yang kuat untuk mengetahui keupayaan sebenar. 

“Skuad negara perlu berjumpa pasukan yang setaraf atau lebih tinggi bagi menguji kekuatan sebenar,” kata Irfan Bakti seperti dipetik daripada Stadium Astro. 

Sempat juga jurulatih berusia 68 tahun ini mengenang aksi-aksi persahabatan skuad kebangsaan sekitar tahun 90-an di mana mereka akan bertemu pasukan-pasukan gergasi asia.

“Kalau 30 tahun dulu, mereka (era Dollah dan Zainal) akan berjumpa dengan Korea Selatan dan Jepun. 

“Selepas era mereka, Malaysia tidak lagi berjumpa pasukan gergasi Asia itu lagi.

“Dalam tiga tahun kebelakangan ini, pertemuan dengan Bhutan dan Mongolia merupakan langkah yang tidak bagus untuk mengetahui kekuatan sebenar pasukan negara,” katanya lagi.

Selain daripada memberikan cabaran yang sebenar kepada anak-anak buah Tan Cheng Hoe, skuad kebangsaan juga mampu meraih pungutan mata yang lebih tinggi sekiranya mencatatkan kemenangan ke atas pasukan yang berada di ranking lebih tinggi daripada Malaysia.

Ia sekaligus dapat membantu Malaysia meningkatkan kedudukan ranking dunia.

Foto: MFL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*