12 bekas pemain TFC masih menunggu baki tunggakan gaji

Bekas pemain pasukan Terengganu FC masih lagi menanti baki tunggakan gaji yang telah dijanjikan oleh Persatuan BolaSepak Negeri Terengganu (PBSNT) sebelum mereka dilepaskan pada November lalu.

PBSNT sebelum ini telah berjanji mereka akan membayar gaji pemain yang dilepaskan sebanyak dua kali. Bayaran pertama telah dilakukan dimana pemain menerima 40 peratus daripada gaji yang telah dipersetujui.

Sumber Gambar: Terengganu FC

 

Kini, 12 pemain tersebut merayu kepada PBSNT agar mereka melunaskan baki tunggakan sebanyak 60 peratus terutama kepada pemain yang sehingga kini masih belum menemui pasukan baharu.

Antara pemain yang bersuara mengenai 1su baki tunggakan gaji yang lambat dibayar adalah Syamim Yahya. Menerusi laman media sosial Facebook beliau, Syamim memuat naik gambar seolah-olah meny1ndir PBSNT kerana gagal mengotakan janji.

Aik 😅 tahu tahu je game kt fb nie 🤣

Posted by Syamim Yahya on Tuesday, December 17, 2019

 

Syamim merupakan salah seorang daripada 12 pemain yang dilepaskan oleh PBSNT menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pemain lain yang tidak disambung kontraknya ialah Khairu Azrin Khazali, Shahrul Aizat, Malik Mat Arif, Azraie Wan Teh, Adib Aizuddin, Hasni Zaidi, Kipre Tchetche dan Khairul Anwar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*