FIFA Ranking: Malaysia tutup tirai 2019 dengan lonjakan 13 anak tangga

FIFA baru sahaja mengeluarkan kemaskini terbaru kedudukan FIFA Ranking bagi bulan Disember 2019, dan pasukan Malaysia kekal berada dikedudukan 154 dunia dengan 1,040 mata.

Ramai juga mempersoalkan kenapa ranking Malaysia tidak melonjak begitu ketara walaupun telah berjaya mengutip 31.12 mata pada bulan November. Perkara ini jika diteliti, jarak jumlah mata diantara pasukan dalam kedudukan ranking 150 dan kebawah adalah sangat besar dan telah meminimakan pergerakn ranking.

Dengan beberapa laporan mengenai FAM akan mengadakan perlawnan persahabatan dengan negara-negara yang memiliki ranking lebih tinggi tahun hadapan, ia mampu untuk membantu Malaysia keluar dari kepompong ranking 150 kebawah jika menang seterusnya kita akan dapat melihat pergerakan ranking yang lebih baik.

Mengimbau kembali kedudukan FIFA Ranking Malaysia pada awal tahun 2019 ini, kemaskini pertama FIFA adalah pada bulan Febuari 2019 dan ketika itu Malaysia menghuni kedudukan 167.

11 bulan berlalu, Malaysia secara keseluruhannya telah berjaya melonjak 13 anak tangga untuk memperbaiki kedudukan sebelum menutup tirai 2019 di ranking ke 154 dunia seperti yang diumumkan hari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*