Ferguson kekal pengendali sementara Everton

LONDON: Duncan Ferguson masih diberi kepercayaan oleh Everton untuk membimbing kelab itu menjelang pertemuan dengan Arsenal malam esok, dan Carlo Ancelotti kekal sebagai calon utama mengisi jawatan pengendali tetap.

Pengendali dari Scotland itu duduk sementara di kerusi panas Goodison Park untuk tiga perlawnan sebelum ini susulan pemecatan Marco Silva, dan meraih kemenangan ke atas Chelsea serta seri dengan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Namun mereka tewas penentuan penalti di tangan Leicester dalam saingan Piala Liga.

“Duncan Ferguson akan kekal sebagai pengendali sementara untuk aksi Liga Perdana membabitkan Everton dan Arsenal pada Sabtu,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Laporan media kuat mengatakan Ancelotti bakal menandatangani kontrak tetapi ia akan berlaku beberapa hari berikutnya dengan perlawnan pertamanya adalah pada 26 Disember berdepan Burnley di laman sendiri.

Pengendali kelahiran Itali berusia 60 tahun itu dipecat daripada jawatan pengurus Napoli minggu lalu biarpun membawa kelab itu dalam kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas jatuh ke tangga ketujuh Serie A.

Ancelotti mengendalikan Chelsea selama dua tahun dari tahun 2009 hingga 2011, menjuarai Liga Perdana dan Piala FA pada musim pertamanya di Stamford Bridge.

Arsenal difahamkan semakin hampir untuk mendapatkan penolong jurulatih Manchester City Mikel Arteta.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*