Thailand iringi Australia ke peringkat suku akhir saingan AFC B-23

Pasukan B-23 tahun Thailand berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan A kejohanan AFC B-23 Tahun sekaligus mengiringi Australia mara ke peringkat suku akhir.

Pada perlawnan menentng Iraq yang berlangsung di Stadium Rajamangala semalam, Thailand wajib untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata bagi memastikan mereka layak ke peringkat suku akhir.

Skuad bimbingan Akira Nishino bermula dengan baik apabila mendahului seawal minit ke-6 apabila dihadiahkan sepa kan penalti yang kemudiannya disempurnakan oleh Jaroensak Wonggorn.

Akan tetapi, Iraq berjaya mengikat kedudukan apabila permainan memasuki separuh masa kedua apabila Mohammed Nassif menjaringkan gol pada minit ke-46.

Iraq mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir permainan namun ketangkasan penjaga gol Thailand, Korraphat Nareechan menafikan peluang yang dimiliki. Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Satu lagi perlawnan yang melibatkan Australia dan Bahrain turut berakhir dengan keputusan seri 1-1. Ramy Najjarine menjaringkan gol pembukaan pada separuh minit ke-36 sebelum Mohamed Marhoon menyamakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Keputusan seri yang diraih Australia bermakna Thailand menamatkan saingan kumpulan A di tangga kedua sekaligus layak ke peringkat suku akhir.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*