Momota terus pulang ke Jepun setelah keluar hospital

PEMAIN badminton nombor satu dunia Kento Momota dan tiga lagi yang cede ra dalam kema1angan awal pagi di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, dipercayai telah keluar daripada Hospital Putrajaya.

Media yang telah mengikuti pergerakan kumpulan itu selepas tersebar berita megenai Momota yang akan pulang ke Jepun pada awal Rabu, melihat dua buah kenderaan konvoi tiba di sebuah hotel dekat sini.

Seorang lelaki yang dengan pembalut lu ka, dilihat keluar daripada salah sebuah daripada dua kenderaan MPV tersebut.

Mereka dipercayai ditemani beberapa pegawai rasmi badminton daripada Jepun dan Malaysia.

Pada kejadian 4.40 pagi Selasa, van yang dalam membawa Momota dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlibat dalam per1anggaran dengan sebuah lori, menyebabkan pemandu van B. Nageswarau, 24, mavt di tempat kejadian manakala Momota, pembantu jurulatih Yu Hirayama, 35; pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42; dan William Thomas, 30, seorang operator sistem Hawkeye, mengalami kecede raan.

Momota menjuarai kejohanan Masters Malaysia dengan menumpaskan bekas juara dunia dari Denmark Viktor Axelsen di peringkat akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad. – Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*