1su tunggakan gaji Melaka United hampir selesai

1su tunggakan gaji yang dihadapi oleh Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dikatakan semakin hampir untuk menemui jalan penyelesaian.

Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad Rashidi Othman berkata pihaknya akan melakukan pembayaran dimana tunggakan yang membabitkan 14 pemain tidak memiliki kontrak dengan persatuan termasuk 10 yang masih bersama skuad Hang Tuah bagi musim 2020 bakal menerima baki bayaran selewat-lewatnya minggu ini.

Raimi Mohd Nor antara pemain yang belum menerima baki tunggakan gaji daripada MUSA. Sumber Gambar: Melaka United Blogspot

 

“Apapun kami amat lega dengan perkembangan ini dan ianya membolehkan fokus pengurusan terarah kepada persiapan saingan Liga Malaysia 2020.

“Sejumlah RM2.2 juta akan dilunaskan membabitkan tunggakan untuk skuad Liga Super 2019 termasuk jurulatih,”katanya menurut laporan Harian Metro.

Sebelum ini, 1su tunggakan gaji antara bekas pemain Melaka dengan badan induk tersebut menjadi sorotan setelah Shukor Adan dan Presiden MUSA, Damian Yeo bertelagah di laman media sosial.

Shukor dan Damian berte lagah mengenai 1su tunggakan gaji.

 

Shukor telah menghantar afidavit bagi menuntut hak gaji dan bonus daripada MUSA kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan perkara ini tidak disenangi oleh Damian.

Damian kemudiannya meminta permohonan maaf daripada Shukor dimana Damian menganggap bekas ketua pasukan Melaka itu merumitkan keadaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*