Totti dedah pemain yang ingin beliau beraksi bersama ketika masih bermain

Pesara bolasepak Italy, Francesco Totti telah mendedahkan bahawa keinginannya untuk bermain bersama seorang pemain lagenda bolasepak dunia ketika beliau masih menyarung jersi AS Roma, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Sepanjang kariernya yang setia bersama AS Roma, Totti telah bermain bersama beberapa pemain lagenda dunia seperti Gabriel Batistuta, Cafu, Andrea Pirlo, Alessandro Del Piero, Paolo Maldini dan Gianluigi Buffon.

Totti juga seorang lagenda seperti manusia biasa seperti aku, kau dan dia tidak terlepas daripada mempunyai keinginan dan cita-cita untuk bersama Ronaldo Luís Nazário de Lima atau The El Fenomeno atau Ronaldo Original.

Ronaldo, atau nama dalam kad pengenalannya Ronaldo Luiz Nazario de Lima, telah melakukan debut bersama skuad Brazil ketika berusia 17 tahun pada tahun 1994 dan telah menjaringkan 62 gol buat negaranya – kedua terbanyak di belakang Pele.


Ronaldo ini pilihan Totti | Gambar : Youtube

Bersama kelab, Ronaldo menjuarai liga bersama PSV Eindhoven, Barcelona, Internazionale dan juga Real Madrid. Dia juga pernah tiga kali dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA dan dua kali memenangi Ballon d’Or.

Dia telah memenangi Piala Dunia bersama Brazil pada Piala Dunia tahun 1994 dan 2002. Jadi tidak hairanlah Totti begitu berkeinginan dan merasa hiba tidak dapat beraksi bersama Ronaldo Original.

Mesin Gol dari Brazil yang sentiasa dibele nggu kece deraan serius itu merupakan pemain yang ingin Totti beraksi bersama berbanding bermain menen tang beliau. Perkara ini didedahkan Totti dalam satu termuramah bersama Corriere della Sera.

“Satu kekesalan aku adalah tidak pernah bermain bersama Ronaldo dari Brazil dan tidak memenangi Champions League bersama Roma”

“Impian ini bukanlah hanya untuk aku sahaja tetapi untuk Ronaldo juga kerana aku mampu untuk membuatkan Ronaldo menjaringkan lebih banyak gol.”


One Man Club

“Ronaldo telah menjaringkan banyak gol tetapi dengan aku bermain di belakang dia mungkin..”

Sepanjang 25 tahun kariernya bersama Roma, Totti telah memenangi pelbagai kejuaraan domestik bersama Roma namun tidak di Eropah. Totti berpeluang merasai kejuaraan Eropah jika menyertai Real Madrid.

“Beberapa tahun lalu aku hampir ke Real Madrid, aku telah berkira-kira untuk meninggalkan Roma.”

“Sangat hampir, aku takkan pergi ke kelab Itali kerana rasa hormat aku kepada orang Rome.”

Begitu sayang dan hormat Totti kepada AS Roma dan penduduk Rome, maka tidaklah hairanlah ketika perlawnn terakhir beliau bersama Roma, Totti diberi penghormatan begitu besar.

Penyokong AS Roma Memberi Penghargaan Terakhir Buat Totti

Perlawnan Roma menentng Genoa merupakan perlawnan terakhir Francesco Totti bersama Roma. Tiket perlawanan ini habis dijual sejak minggu lalu kerana penangan lagenda mereka yang setia bersama kelab.

Dalam perlawnan ini, Totti masuk pada minit ke-54 menggantikan Mohamed Salah. Roma berjaya menewaskan Genoa 3-2 hasil jaringan Diego Perotti pada minit akhir perlawnan.

Sebagai tanda penghargaan kepada lagenda mereka, penyokong Roma membawa sepanduk, gambar, topeng dan macam-macam lagi sebagai penghargaan mereka kepada Totti. Korang tengok sendiri la gambar kat bawah ni.

Biar Jasa Jadi Kenangan. Mungkin Itulah Maksudnya

Sumber Gambar : Bleacher Report Football

Rossi Menggunakan Topi Keledar Khas Tribute Kepada Totti

Valentino Rossi meneruskan tradisi apabila berlumba di negara kelahiran beliau iaitu Italy apabila telah memakai topi keledar edisi khas di perlumbaan MotoGP Mugello pada minggu ini. Topi keledar kali ini bertemakan bolasepak.

Topi keledar edisi khas yang hanya dipakai di GP Italy itu merupakan satu tribute bersempena persaraan lagenda bolasepak AS Roma dan Italy, Francesco Totti yang juga merupakan sahabat kepada Rossi.

Selain Totti, Rossi juga memberi penghormatan kepada kawan dan bekas rakan sepasukan beliau Nicky Hayden yang telah men1nggal dun1a kerana terbabit dalam kema1angan ketika berbasikal selepas seminggu berada dalam keadaan k0ma.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : thesukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*