3 pasukan diberikan am4ran terakhir, berisiko dikeluarkan dari liga

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam temu bual bersama media selepas  majlis pelancaran Liga Malaysia 2020 di Acapella Suite Hotel petang tadi menjawab pertanyaan berkenaan pasukan yang mempunyai masalah tunggakan hutang itu.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh beliau, 3 pasukan akan berdepan diberikan ama ran terakhir untuk menyelesaikan permasalahan itu, dan jika gagal melangsaikannya mengikut tarikh yang ditetapkan, pemo tongan mata serta berdepan tindakan dikeluarkan dari semua pertandingan musim 2020.

Berikut adalah 3 tarikh yang dinyatakan oleh Stuart Ramalingam kepada pasukan-pasukan terbabit;

31 Januari 2020: Sekiranya pasukan gagal menyelesaikan tunggakan gaji tidak dibayar atau tiada persetujuan bersama dicapai dengan pemain terlibat 3 mata akan ditolak untuk liga musim 2020.

28 Febuari 2020: Jika pasukan tidak juga membayar tunggakan atau melanggar perjanjian yang telah dibuat bersama pemain, 6 mata akan ditolak.

30 Mac 2020: Jika masih lagi terdapat 1su tunggakan dan pelang garan perjanjian bersama pemain masih berterusan sehingga tarikh ini, pasukan tersebut akan dikeluarkan dari saingan liga dan semua kejohanan utama di Malaysia.

Keputusan ini telah diambil dan akan semuanya akan berlaku secara automatik jika pada tarikh diatas pasukan-pasukan terbabit masih gagal atau lemanggar perjanjian yang dibuat.

Sekiranya pasukan itu dikeluarkan dari liga, mereka perlu bermula dari bawah selain wajib menyelesaikan tunggakan yang ada sebelum dibenarkan beraksi dari bawah.

Stuart Ramalingam bagaimanapun tidak mende dahkan nama 3 pasukan tersebut kerana mahu menghormati pasukan – komunikasi rasmi akan dihantar kepada mereka dahulu, sebelum mende dahkannya dalam kenyataan rasmi FAM tidak lama lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*